Rabu, 21 April 2010

masanya...

air sungai tengah besar. keruh pulak tu... hati pemancing agak terduga skang ni. tapi, baru jap tadi ada member col bagitau baung tengah banyak... dia yang duk kejer kat pam pasir pun sambil-sambil mancing dapat 2 ekor, apa lagi... moh la kita... nanti ada gambar baung aku upload. masa nak turun ke air je agak sempit skit skang. johny pun dah mula tanya bila nak melempar umpan tu... inilah masanya... air besar bukan alasan.

Khamis, 15 April 2010

Che Tat


Hari ni Che Tat dah pi jalan2 kat Indon. cari kartika agaknya. tak kisah la tu. tapi, hari tu dia ada bagi gambar. membuatkan bergelora nafsu serakah yang ada... ikan apa aku tak kenal sangat...tapi, bergegar la rasa kalau kena abu garcia ultra cast II aku tu....

awek


Tengah hari tu Ari mengadu awek dia buat hal... aku tak boleh betul dengar benda2 macam ni. bukan panas hati, tapi nak panaskan lagi keadaan. Bila setan mula bagi idea bangang, apa lagi... mula la menduga kestiaan Ari..

'aku ada 1 awek. cun giler... lesung pipit ada 2'
"hmm..."
'dia ada bagi nombor...katanya, col la'
"hmm..."
'hidup la blutut tepon, aku bagi gambar dia. siap no phone lagi'
"cun ke..."
....
"ahh..."


bikin panas...


hari ni aku terima satu mms yang menyentap semangat yang bersisa masih ada dalam diri. 1 gambar udang yang ada 9 ekor walau tak besar mana dari sepupu aku. cukup untuk buat lauk makan malam...


Khamis, 8 April 2010

Umpan ikan

Umpan ikan air tawar (khusus pemancing Sg Pahang)

Berdasarkan pembacaan, pengalaman dan cerita kaki pancing. Persediaan memancing kena ada kalau nak dapat ikan. Atas tuah, rezeki dan nasib badan… mulakan langkah dengan ‘Bismillah’…

Umpan

Ikan

Cacing tanah

Kebanyakan ikan sungai, ikan paya dan udang galah

Cengkerik

Udang galah, patin, baung, lais, juara, kaloi, tilan pun makan…

Katak

Haruan, toman, toman bunga, bujuk

Udang hidup

Kerai, temelian, kaloi, udang galah, tenggalan, lampam, tilan, baung, belida, kaloi, ketutu

Anak ikan

Tapah, gohok, ketutu, baung, belida, kerai

Hirisan ikan

Ketutu, udang galah, lais, tilan, juara

Anak/ telur kerengga

Lampam, kaloi, tengalan, temperas, seluang, lais, juara

Hati ayam

Baung, patin, udang galah

Perut ayam

Baung, patin, kerai, temelian pun makan

Umpan busuk / tapa

Baung, patin, udang galah

Pallet

Patin, baung, temelian

Roti

Lampam, temelian, kerai

Kelapa sawit

Tengas, sebarau, kelah

Ulat lundi / ulat sagu

Baung, lampam, patin, udang galah, tenggalan, temperas, temelian

Ubi kayu peram

Baung, udang galah

Buah ara masak

Patin, kaloi

Buah mengkudu

Kaloi, lampam, kerai

Daun ara

Kaloi , kerai

Daun senai

Kaloi, lampam, kerai

Anak keli

Tapah, belida, toman

Lipas

Patin, baung, lampam

Gewang

Gohok, belida, tapah

· Umpan lipas untuk buat umpan ikan?? Johny kata, kopok lekor pun boleh…

Rabu, 7 April 2010

Potong betul la...

(moto yang kutu 3 ekor tu naik)

Tengah hari tu Johny siapkan segala-galanya. Smer alat mancing dia, dia siapkan. Batu ladung size 6 dengan hook kaler merah yang dia suka pun dah ada. Tinggal nak pi beli umpan je on the way nanti. Semangat betul Johny hari tu. Tengah makan tadi tak selera tengok ikan keli masak berlada sekor yang tak besor mana dalam pinggan. Katanya, petang ni ada besor lagi… besor dari yang 2 kilo lebih budok dapat ngail pakai umpan lipas yang brader atas bot bagitau hari tu. Memang semangat betul Johny, tak ternafi lagi. Johny siap ikat perambut lagi. Banyak betul perambut yang Johny buat. Penuh bersemangat Johny. Johny kata nak mancing kat sangkar tinggal tempat biasa.

Johny sampai, parking je keter tengok ada 2 bijik moto. Johny tak kisah, sungai luas katanya. Member tu nak mancing jugak agaknya. Johny turun ke sangkar. Johny tegur…

‘Ada ikan bang?’
‘Smalam koi terlepas kaloi. Ada dalam 8kg. ni nak cari smula ni.’

Johny kata dalam hati, ‘baru terlepas, blom timbang dah tau berat 8 kilo’ Johny tak kisah. Johny prasan brader tu sorang je, tapi motor kat atas ada 2…

Prakk..prakk..

Johny dengar orang berjalan, menyuruk belakang rumah sangkar. Johny nampak. Johny nampak ada 2 ekor lagi kutu. Johny nampak dia buat apa. Johny nampak dia tengah kacip ice…

Potong betul la… nak mancing, mancing je la. Jangan la hisap dadah. Johny dah kata, dia memang tak suka orang hisap dadah… nasib baik Johny tak amuk, lempar sekor-sekor dalam air, kerat kecik-kecik buat umpan. Sebab Johny beringat lagi. Johny ingat yang dia sorang diri. Kutu tu ada 3 orang… bukan makanan Johny.

… spoil betul la. Johny tak nak terlibat sama…


ikan apa ni?

Tak tau apa nama ikan ni... macam sembilang, tapi bukan. mancing pakai umpan udang di Esplanade, Kuantan lepas hujan lebat. masa ni air tengah nak surut. saper ada idea pe nama ikan ni, bleh kongsi idea...dalam 2kg gak ni...

Ada brader tu kata nama ikan ni ikan 'Leman'. macam nama orang la pulak.imposible...

cari la menda hok ada dalam ni...


i follow...

anak tilan

Foto saya
...manusia biasa, digelek duri habis luka, dihempas ke batu berkecai jua...